Wednesday, October 6, 2010

Aduan Rakyat Hulu Kelate : Bandar Baru Dabong

Apa jadi dengan Projek ini??

Pernah disiarkan di dalam HARAKAH suatu tahun dahulu. Kenapa sekarang ini senyap sepi??? Mentang-mentang ianya di Dabong, semuanya jadi tak kena...HINA SANGAT ke kami di Dabong??

KUALA KRAI, 13 Feb - Dabong yang terkenal dengan keindahan Gunung Stong bakal menjadi pusat pertumbuhan utama di pedalaman Kelantan apabila sebuah bandar baru dibina di kawasan tersebut.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bandar baru itu dirancang di kawasan seluas 65 ekar yang terletak tidak jauh daripada jambatan baru Dabong - Jelawang.

Katanya, pelbagai infrastruktur bakal dibina di kawasan tersebut antaranya, masjid, pejabat-pejabat kerajaan negeri dan Persekutuan, taman perumahan, balai polis, kompleks sukan, hentian bas dan stesen minyak.

"Saya berharap cadangan untuk membina masjid dan balai polis hendak dibuat di kawasan berdekatan bagi membolehkan mereka yang ditahan di lokap boleh mendengar azan dari masjid.

"Selain itu, perlu dipastikan lokasi masjid juga tidak jauh dari stesen minyak bagi memudahkan pelancong yang singgah dapat meninjau kawasan masjid. Kita perlu fikir cara bagi membolehkan orang bukan Islam juga berminat untuk berkunjung ke masjid," katanya pada program taklimat sempena lawatan kerja ke Majlis Daerah Dabong (MDD) semalam.

Selain itu, beliau berharap pihak berkuasa tempatan mencari kaedah sesuai untuk menarik kedatangan pelancong asing yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Dabong. Terdapat tiga lokasi pelancongan utama di Dabong iaitu Gua Ikan, Gunung Stong dan Lata Kertas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga kesal kerana kawasan rekreasi terbabit dicemari dengan unsur-unsur vandalisme.

Hadir sama, anggota Exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan,

Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Haji Mohamad Ibrahim, Yang Dipertua MDD, Haji Mat Jusoh Hussin, Penyelia DUN Dabong, Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim dan ahli-ahli majlis daerah.

Pekan Dabong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kota Bharu dan 80 kilometer dari Bandar Kuala Krai. Ia boleh dihubungi melalui jalan raya simpang tiga Kuala Krai – Gua Musang di Sungai Syam ke Dabong dan Jeli – Jelawang - Dabong.

Mohamad berkata, bandar baru dicadangkan di Dabong memandangkan kedudukan pekan lama begitu sendat dan tidak sesuai lagi dibangunkan kerana terhalang dengan Sungai Galas dan landasan kereta api.

"Kita menjangka sekiranya penduduk Dabong mencecah 25,000 orang, pekan lama yang ada sekarang tidak sesuai lagi untuk menampung

jumlah tersebut," ujarnya. Bilangan penduduknya sekarang sekitar 13,000 orang. Pada sebelah malamnya, Menteri Besar mengisytiharkan MDD secara rasmi bagi menggantikan nama lamanya Majlis Daerah Kuala Krai Selatan.//

Hrkh

Pilihanraya DUN Galas, 4 November 2010, Khamis

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.

azlanManakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

"Pengundi di Galas ini, yang berumur 21 tahun pun ada, yang lebih 100 tahun pun ada, yang paling tua berumur 111 tahun," katanya.

SPR juga, katanya, telah menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

machap by election nomination 030407 wan ahmadPenamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini, akan diadakan di Bilik Gerakan dan pejabat Tanah Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 saluran.

Wan Ahmad juga berkata 323 petugas telah dilantik oleh SPR bagi melicinkan perjalanan pilihan raya itu.

Beliau berkata kira-kira RM1.3 juta diperuntukkan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu berikutan kawasannya luas dan melibatkan empat pusat mengundi yang perlu menggunakan perkhidmatan helikopter.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

azlanDalam Pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan lebih 81 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu, iaitu peratusan dalam pilihan raya umum lalu berikutan tumpuan kini terarah pada kawasan berkenaan.

Katanya, bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa bagi setiap pasukan.

Beliau turut meminta parti-parti politik, calon, petugas, penyokong parti serta individu lain yang terlibat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan.

Thursday, September 30, 2010

Info penting buat Pakatan Rakyat kekalkan kemenangan di DUN GALAS


Gua Musang BUKAN Kubu Umno,ianya Kubu Ku Li.Kuatnya UMNO di Gua Musang kerana Ku Li,kalau tiadanya UMNO lembek tidak berdaya.Seperti Marang yang sinonim dengan Haji Hadi,Anwar di Permatang Pauh dan Nik Aziz di Pulau Melaka,tempat jatuh Ku Li adalah Gua Musang.Kini,satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku dalam Parlimen Gua Musang di kerusi N45 Galas berikutan kematian penyandang,Allayarham Che Hashim Sulaima(Pas) beberapa hari yang lalu.Oleh itu,penulis rasa,sangat molek "sengoti" pada waktu ini kiranya kita imbau kembali kedudukan kekuatan baik UMNO mahupun Pas di kawasan Galas ini.


Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum bagi Kawasan N45 Galas untuk tempoh 1986-2008:


Pilihanraya Umum 1986

Haji Ibrahim Renjar PAS 1281

Zakaria bin Hasan BN 3420


Majoriti: 2139 Undi Rosak: 225 Peratus Pengundian: 69.98%


Pilihanraya Umum 1990

Zakaria Hasan BN 1760


Haji Omar Mohamed S46 4465


Majoriti: 2705 Undi Rosak:199 Peratus Mengundi: 75.53%




Pilihanraya Umum 1995


Zakaria bin Hasan BN 3163

Nik Ismail Wan Idris AKIM 205

Omar bin Mohamed S46 4056

Majoriti: 893 Undi Rosak: 472 Peratus Mengundi: 70.81%



Pilihanraya Umum 1999


Zulkifli bin Mohamad Keadilan 3072

Mohamad Saufi Deraman BN 5336


Majoriti: 2264 Undi Rosak: 297 Peratus Mengundi: 72.00%



Pilihanraya 2004


Mohamad Saufi Deraman BN 4184

Che Hashim Sulaima PAS 2455

Majoriti: 1729 Undi Rosak: 156 Peratus Mengundi: 85.26%




Pilihanraya Umum 2008

Che Hashim bin Sulaima PAS 4399

Mohamad Saufi bin Deraman BN 3753


Majoriti: 646 Undi Rosak: 171 Peratus Mengundi: 80.89%







Berdasarkan rekod,UMNO menang tiga kali di Dun ini,pertama sebelum Ku Li keluar parti.Selepas Ku Li menubuhkan Semangat 46,Galas menjadi kubu S46 untuk dua penggal sehinggalah Ku Li menyertai UMNO kembali.Hasilnya,dalam PRU 1999,walaupun faktor Anwar turut berlaku di Kelantan,UMNO(Ku Li) masih kukuh di Dun Galas walaupun berlaku peningkatan undi buat PKR.Setelah Pas mengambil kembali Dun Galas,berlaku penurun undi Pas di sana mungkin disebabkan faktor Abdullah Badawi ketika itu.Walaubagaimanapun,Galas terkena juga tsunami 2008 menyebabkan Pas berjaya menguasai Dun tersebut.


Apa yang penulis ingin sampaikan,betapa kesukaran kini berlaku untuk Pas mempertahankan Kerusi N45 Galas ini.Mengapa?


SEKILAS MENGENAI GALAS


Galas adalah salah sebuah daripada tiga Dun dalam Parlimen Gua Musang.Secara geografinya,Galas terletak di Barat Daya negeri Kelantan,menjadi pusat pentadbiran KESEDAR di Gua Musang.Walaupun Dun ini terletak di kawasan Hulu Kelantan,namun kawasan Galas adalah "bandar" di kawasan hulu tersebut merangkumi Bandar Baru dan Lama Gua Musang."Urbanisasi" walaupun tidak sepesat Kuala Lumpur,namun proses pembandaran Gua Musang tetap berjalan seperti di jajahan lain.Title "bandar" telah menyebabkan taraf pemikiran penduduk di sana agak "terbuka" dan membuatkan mereka bertindak menukar Adun daripada diwakili wakil UMNO kepada Pas.Dun Galas mempunyai 13 buah peti undi iaitu:



1.POS BROOK

2.SUNGAI BER

3.BELATIM

4.BALAR

5.BIHAI

6.HAU

7.KAMPUNG PULAI

8. KAMPUNG BHARU

9.BANDAR LAMA GUA MUSANG

10.BANDAR BARU GUA MUSANG

11.KAMPUNG BATU PAPAN

12.LEPAN TUPAI

13.SUNGAI TE


Daripada 13 buah peti undi tersebut,enam adalah peti undi majoriti Orang Asli,Lima Melayu dan dua peti undi Cina.Untuk perhatian,enam peti undi orang asli bukanlah bermakna kaum tersebut paling ramai sebagai pemilih Dun Galas,tetapi kerana masalah ketersampaian di sana.Orang Melayu masih menjadi majoriti pengundi di sana.Berikut adalah fakta demografi Dun Galas:




Jumlah Pengundi Berdaftar: 10 330

Peratus Kaum: Melayu - 65.4%

Cina - 24.6%

India - 1.8%

Lain2 - 10.5%


(Maklumat ini adalah pada PRU 12 2008.Jumlah pengundi semasa tidak diketahui)



TUGAS BERAT MENANTI PAS DI GALAS


Gua Musang adalah kubu Umno.Walaupun Pas berjaya merampas Galas pada tahun 2008,Pas sepatutnya sedar betapa faktor-faktor semasa menjadi pemangkin kemenangan Pas di sana.Malah,tugas Pas kali ini akan menjadi berat kerana Pas bukannya akan menentang UMNO Gua Musang tetapi hakikatnya menentang kerajaan Persekutuan.Hakikat betapa bandar Gua Musang yang tidaklah membangun dengan hebat pastinya akan menjadi dorongan kepada BN untuk menabur seberapa banyak bantuan mee segera.Jalanraya akan diturap,longkang akan dikorek sana sini,rumah dicat baru tidak kurang pembinaan gelanggang futsal,baiki surau dan apa sahaja yang difikirkan masalah kepada orang Galas.Itulah nikmat pilihanraya kecil di Malaysia.


Penulis berat mengatakan peluang menang Pas sekarang adalah 50-50 walaupun tarikh pengundian pun masih belum diumumkan.Apapun,penulis membuat telahan ini berdasarkan rujukan pada prk-prk yang lepas terutama di kawasan Pakatan Rakyat tewas dan menang tipis seperti di Bagan Pinang,Hulu Selangor dan Manek Urai.Kita sebagai golongan yang terdedah dengan maklumat pastinya akan sentiasa memandang sinis projek mee segera ini,padahal golongan luar bandar,pak cik mak cik peneroka yang hanya bergantung dengan RTM akan terasa terhutang budi juga.Berikut adalah perkara-perkara yang penulis anggap sebagai halangan Pas dalam mempertahankan Dun Galas:


1.Projek-projek Segera di Galas

2.Masalah penyaluran maklumat tepat pada pengundi luar bandar

3.Ugutan Budi dan sikap mengungkit-ungkit UMNO

4.Faktor Ku Li di kubu kuatnya (telah dilantik sebagai Pengarah PRK)

5.Masalah kesihatan Allayarham Che Hashim dalam memberi khidmat terbaik sebelum ini

6.Pengundi luar tidak pulang mengundi(tidak seperti tahun 2008 di mana mereka ditaja untuk pulang)

7.Wang-wang segera bertaburan

8.dan janji itu janji ini.....


Oleh itu,maka WAJIB bagi Pas melakukan perkara ini bagi menaikkan peratusan peluang kemenangan Pas di Galas:

1.Ungkit kembali janji Pilihanraya Manek Urai (jambatan dan lain-lain)

2.Panggil penduduk Sungai Buaya berdemo meminta baki wang mereka

3.Sebarkan seberapa banyak risalah

4.Buat ceramah luar dari markaz Pas(kalau boleh di kawasan Pas kalah.Hal ini bagi membolehkan penyokong UMNO dan atas pagar terkesan.)

5.Sediakan pengangkutan percuma untuk pengundi-pengundi luar kawasan pulang mengundi.

6.Angkat calon yang berwibawa(lebih berwibawa daripada calon UMNO)

7.Desak kerajaan Pusat tunai royalti

8.Tembus kawasan orang asli

9.Kaut seberapa banyak undi Cina

10.dan perkara-perkara yang membawa kepada kemenangan


Kesimpulannya,jalan Pas menuju kemenangan di Galas masih bengkang-bengkok dan banyak bonggolan.Oleh itu,marilah kita bersama-sama membina highway empat lorong bagi Pas menuju kemenangan kedua.


Penulis Ibu Kota,

Pantai Dalam.




Ehsan: anak dun galas

Bila pulak UMNO/BN Tak Suka Judi

Alomakkkk...deyyy...apcopocotttttttt....bila pulak UMNO tak suka judi..tuhh kedai judi 4ekor magnum, sports toto bersepah beroperasi dengan bahagia..siap depan balai polislagik..sapa yang bagi lesen berniaga di malaysia kalau tak bukan kerajaan malaysia dikuasai UMNO/BARISAN NASIONAL

tuh atas bukit genting,.dalam negeri pahang darol makmor..negeri PM.. tuh, berhala judi Genting Berhad tuh, beroperasi dengan bahagianya..ngeeeee..takde orang nak kacau pun,,cuit sikit taklbleh.usahkan nak bangkang

Heboh kat penang kerajaan PR kasi derma duit judi.Padohal kerajaan PR Penang bagi dari hasil negeri .

Provokasi UMNO/BN lahanat makin menjadi-jadi.siap ulang tayang 40 kali tuh di saluran media TV pencacai UMNO/BN.

muakakakkakaa...


semua ni auta provokasi umno laknat jer,
MEH BACA KAT BAWAH..KAITAN DATUK NAJIB DENGAN JUDI


Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.

Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.


Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya. Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.

Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah (foto) membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.


STATUS PEGANGAN BEBAS

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.

Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.

Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..

Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.

Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancong

Datuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.

Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).

Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.

Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau. Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.

Pada April 28, 1969, di hari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.

Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.

Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting. Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream

RM77 JUTA WANG RAKYAT DISEDEKAH KEPADA YAHUDI APCO

(Harakahdaily) – Lawatan firma perundingan antarabangsa APCO Worldwide (APCO) ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 28 Oktober 2010, seperti yang dilaporkan oleh laman iKDN, portal rasmi kementerian (gambar bawah) tersebut seolah-olah memberi satu jawapan berhubung sejauhmana firma yang dikatakan pro Zionis-Israel itu berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara.


Munurut portal rasmi kerajaan itu, http://www.ikdn.org, KDN telahpun mengadakan pertemuan dengan beberapa perunding antarabangsa paling lewat pada 23 Oktober tahun lalu.

Pertemuan itu, menurut portal KDN, adalah pertemuan kali yang kedua dari empat pertemuan seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.









Jelas sumber itu lagi, persetujuan KDN melantik APCO merupakan aktiviti kesinambungan dari program ‘Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication’ anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri.

Lebih mengejutkan, portal tersebut mendedahkah, dua siri pertemuan tersebut dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam. (gambar)

Pemakluman rasmi itu sekaligus mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa perlantikan APCO boleh mengakibatkan keselamatan dalam negeri terdedah pada firma pro Zionis-Israel tersebut.

18 Mac lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan lisannya kepada Dewan Rakyat memberitahu, inisiatif kerajaan melantik APCO menguruskan perkhidmatan komunikasi menyeluruh dalam kerajaan supaya kerajaan mampu meningkatkan lagi kapasiti perkhidmatannya dalam bidang komunikasi.

Jawapan Nazri itu adalah mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

LAMAN web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.

Berikut adalah senarai beberapa sumber maklumat untuk artikel ini:

www.apcoworldwide.com
www.asero.com/index.cfm
www.wikipedia.org
www.harpers.org

- www.anwaribrahimclub.com

3,000 solat jenazah Chek Hashim

GUA MUSANG, 28 Sept: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti telah kembali menemui Allah pada petang semalam di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, timbalan-timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Juga hadir Speaker Dun Kelantan, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta warga dalam Dun Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyampaikan bantuan segera daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi meringankan beban keluarga yang telah diterima oleh isteri pertama allahyarham, Che Bongsu Jusoh di perkarangan masjid sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru pada jam 4.30 petang semalam akibat penyakit barah paru-paru telah menjalani rawatan di hospital tersebut seminggu lalu.

Sebelum itu, Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital di Guanzhong China dan meneruskan rawatan susulan di Orient Hospital Guanzhong pada bulan Ramadhan tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dan Aida Zakaria serta 12 orang anak, yang turut berada di sisi beliau sebelum menghembus nafas terakhir.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

PRK DUN Galas, medan terbaik rakyat protes kezaliman

Parlimen Kota Raja termasuk YB Dr Siti Mariah, YDP dan Dewan-Dewan merakam ucapan Takziah kepada isteri serta kaum keluarga Allahyarharham Che Hashim Sulaiman, mantan ADUN galas yang telah kembali kerahmatullah.

Menerima berita sekitar jam 5.00 petang tadi dari SMS Ustaz Wan Jii (Al-Bakistani0 bukanlah sesuatu yang amat mengejutkan. Rasanya kalau kita mengikuti perkembangan kesihatan Allahyarham kita semua amat redho dengan kepergiannya. Beliau sudah sakit berbulan lamanya dan pernah menerima rawatan hingga ke China, maknanya semua usaha telah dilakukan, apa kan daya Allah lebih manyayanginya.

Sementara itu macam biasalah, bila berlaku kekosongan disebelah kita macam tak sabar-sabar lagi SPR nak mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil. Kalau lambat hantar notis mahu diamuknya speaker DUN.

Tak pe lah kita sabar sahaja lah dengan perangai SPR ni. Kita juga berharap agar PRK kali ini akan menjadi pengajaran paling berguna kepada Umno Barisan Nasional, bahawa tindakan mereka dalam menguruskan royalti minyak Kelantan adalah salah dan pada PRK itu nanti Rakyat Kelantan akan memberi pengajaran terbaik buat Najib dan UBN.

Pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," katanya.

Che Hashim, 46, yang dimasukkan ke Hospital Al-Islam di sini sejak dua hari lalu meninggal dunia jam 4.30 petang tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Dr Siti Mariah Mahmud
AP Kota Raja

Tok Guru ucapkan takziah ke atas kematian adun Galas

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, petang ini.

Sambil menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan bagi PAS, Mursyidul PAS itu berkata beliau akan berlepas ke kediaman Adun itu di Gua Musang pada 9 malam ini untuk menziarahi jenazah Adun berkenaan. Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.

“Saya mendapat tahu mengenai kepulangannya ke rahmatullah selepas asar tadi melalui anggota Exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, yang berada di hospital ketika itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini hari ini.

Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya. Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini. Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara.

“Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya,” katanya.

Fakta DUN GALAS

Dewan Undangan Negeri N45 Galas berada dalam kawasan Parlimen Gua Musang mempunyai pengundi seramai 10, 330 (berdasarkan daftar pemilih 2008) merangkumi 6, 255 pengundi Melayu, 1, 903 (Cina), 172 (India) dan 2,000 (Orang Asli).

Pada pilihan raya 2008, wakil Pas Allahyarham, Che Hashim Sulaiman memenangi pilihan raya itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional Mohamad Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Sebelum itu, pada pilihan raya 2004, kawasan berkenaan diwakili oleh calon BN, Mohamad Saufi mengalahkan Che Sulaiman dengan majoriti 1,729.

Sektor pertanian adalah punca ekonomi penduduk di sana berikutan kawasan berkenaan yang di kelilingi kampung tradisional.

Galas adalah bandar utama bagi penduduk di Gua Musang yang menjadi tumpuan kepada urusan pentadbiran, ekonomi dan pendidikan kawasan berkenaan.

DUN Galas mempunyai 13 pusat daerah mengundi iaitu enam kawasan peti undi majoriti Orang Asli, dua peti undi majoriti Cina dan lima kawasan peti undi majoriti Melayu

Monday, September 27, 2010