Wednesday, October 6, 2010

Aduan Rakyat Hulu Kelate : Bandar Baru Dabong

Apa jadi dengan Projek ini??

Pernah disiarkan di dalam HARAKAH suatu tahun dahulu. Kenapa sekarang ini senyap sepi??? Mentang-mentang ianya di Dabong, semuanya jadi tak kena...HINA SANGAT ke kami di Dabong??

KUALA KRAI, 13 Feb - Dabong yang terkenal dengan keindahan Gunung Stong bakal menjadi pusat pertumbuhan utama di pedalaman Kelantan apabila sebuah bandar baru dibina di kawasan tersebut.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bandar baru itu dirancang di kawasan seluas 65 ekar yang terletak tidak jauh daripada jambatan baru Dabong - Jelawang.

Katanya, pelbagai infrastruktur bakal dibina di kawasan tersebut antaranya, masjid, pejabat-pejabat kerajaan negeri dan Persekutuan, taman perumahan, balai polis, kompleks sukan, hentian bas dan stesen minyak.

"Saya berharap cadangan untuk membina masjid dan balai polis hendak dibuat di kawasan berdekatan bagi membolehkan mereka yang ditahan di lokap boleh mendengar azan dari masjid.

"Selain itu, perlu dipastikan lokasi masjid juga tidak jauh dari stesen minyak bagi memudahkan pelancong yang singgah dapat meninjau kawasan masjid. Kita perlu fikir cara bagi membolehkan orang bukan Islam juga berminat untuk berkunjung ke masjid," katanya pada program taklimat sempena lawatan kerja ke Majlis Daerah Dabong (MDD) semalam.

Selain itu, beliau berharap pihak berkuasa tempatan mencari kaedah sesuai untuk menarik kedatangan pelancong asing yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Dabong. Terdapat tiga lokasi pelancongan utama di Dabong iaitu Gua Ikan, Gunung Stong dan Lata Kertas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga kesal kerana kawasan rekreasi terbabit dicemari dengan unsur-unsur vandalisme.

Hadir sama, anggota Exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan,

Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Haji Mohamad Ibrahim, Yang Dipertua MDD, Haji Mat Jusoh Hussin, Penyelia DUN Dabong, Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim dan ahli-ahli majlis daerah.

Pekan Dabong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kota Bharu dan 80 kilometer dari Bandar Kuala Krai. Ia boleh dihubungi melalui jalan raya simpang tiga Kuala Krai – Gua Musang di Sungai Syam ke Dabong dan Jeli – Jelawang - Dabong.

Mohamad berkata, bandar baru dicadangkan di Dabong memandangkan kedudukan pekan lama begitu sendat dan tidak sesuai lagi dibangunkan kerana terhalang dengan Sungai Galas dan landasan kereta api.

"Kita menjangka sekiranya penduduk Dabong mencecah 25,000 orang, pekan lama yang ada sekarang tidak sesuai lagi untuk menampung

jumlah tersebut," ujarnya. Bilangan penduduknya sekarang sekitar 13,000 orang. Pada sebelah malamnya, Menteri Besar mengisytiharkan MDD secara rasmi bagi menggantikan nama lamanya Majlis Daerah Kuala Krai Selatan.//

Hrkh

Pilihanraya DUN Galas, 4 November 2010, Khamis

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.

azlanManakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

"Pengundi di Galas ini, yang berumur 21 tahun pun ada, yang lebih 100 tahun pun ada, yang paling tua berumur 111 tahun," katanya.

SPR juga, katanya, telah menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

machap by election nomination 030407 wan ahmadPenamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini, akan diadakan di Bilik Gerakan dan pejabat Tanah Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 saluran.

Wan Ahmad juga berkata 323 petugas telah dilantik oleh SPR bagi melicinkan perjalanan pilihan raya itu.

Beliau berkata kira-kira RM1.3 juta diperuntukkan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu berikutan kawasannya luas dan melibatkan empat pusat mengundi yang perlu menggunakan perkhidmatan helikopter.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

azlanDalam Pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan lebih 81 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu, iaitu peratusan dalam pilihan raya umum lalu berikutan tumpuan kini terarah pada kawasan berkenaan.

Katanya, bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa bagi setiap pasukan.

Beliau turut meminta parti-parti politik, calon, petugas, penyokong parti serta individu lain yang terlibat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan.