Wednesday, October 6, 2010

Dari MU ke Galas...

Adakah kita semua sudah hilang keletihan dan kepenatan di MU??? Ternyata semuanya sudah hilang akan kepenatan dan keletihan tersebut. Sekarang semua lensa tertumpu ke arah satu lagi kawasan Kelantan Selatan, Gua Musang.

Manek Urai (MU) telah pun dikategorikan sebagai kawasan HULU, kawasan selatan di negeri Kelantan, tetapi, yang pastinya, Gua Musang lagi selatan. Dan disinilah puak2 yang dianggap orang HULU Kelantan bermastautin.

Hasil tanah di Gua Musang amat banyak, baik dari balak sehinggalah daun-daun sayur. Semuanya Gua Musang hasilkan untuk dicurahkan kemajuannya di kawasan HILIR Kelantan.

Petugas Puteri UMNO sedang berkempen di MU.

Apapun, kepada semua petugas PRK kali ni, selamat bertumas kembali di PESTA RIA di BANDARA RAYA GUA MUSANG. Berbaloh lah kalian semua di sana, berjanjilah kalian semua, berbelanjalah kalian semua di sana. Cari pitis lah kalian semua di sana. Kerana di sana merupakan satu PESTA RIA.

Kepada semua petugas juga, jadilah MU sebagai pengalaman yang amat berguna. Jangan hanya lebuk padang-padang bola, tetapi tiada hasil....Sekian.

1 comment: